Oleh : Ananda Setiawan
Bagi diri saya pribadi, kalau di tanya Siapa yang paling berjasa atas Hidup saya sekarang adalah ORANG TUA saya , Ibu dan Bapak saya.
Hidup ini saya dedikasihkan untuk Allah SWT dengan mengabdikan diri menjadi pembantu seumur Hidup Orang Tua saya.
Orang tua adalah pejuang yang rela memberikan segenap tenaga dan harta untuk kelangsungan hidup anaknya.
Tapi apa yang dilakukan Anak setelah mereka dewasa?
Hanya ia lah yang tau.
Untuk menjadi anak yang bermanfaat bagi orang tua, minimal memberikan kebahagiaan kepada mereka adalah dengan cara cara :
1.
Memberi nafkah.
Terdapat
ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi
melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi
tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru
menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu
bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk
membesar dan mendidik anak.
2.
Menyediakan tempat tinggal.
Dalam
kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami,
adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai
kepada ibu bapa.
Paling
baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan
keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.
Memberi kasih sayang.
Kasih
sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan
ibu bapa.
Kasih
sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih
sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak
yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh
sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri
rahmat.
Firman
Allah bermaksud: ?
Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan
kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.
Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai
kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini
memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika
berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan
amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta
disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa
semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak
ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua.
Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu
bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.
Memenuhi permintaan.
Ibu
bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi
permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan
ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah
keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.
Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya
kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu
baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi.
Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi.
Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.
Melakukan apa yang disukai.
Ibu
bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada
pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna
melakukan perbuatan derhaka.
Anak
derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa
derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di
akhirat.
Sabda
Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah
zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam
hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah,
yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan
menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan
kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah
bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan
membantah permintaan mereka.
Firman
Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah
selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah
seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau
suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.
(Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya,
anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata
yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan,
gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.
Menghadiahkan kejayaan.
Ibu
bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya
bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi,
jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat
dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa
bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.
Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa
perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang
menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapak.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk
ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun
ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda
Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala
amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi
manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang
soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat
Muslim).
Kebaikan
dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk
membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan
kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin.
Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun
ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa
atau salah seorangnya masih hidup.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar